malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
IO: Nik Nazmi hanya beri notis pada hari demo
ADS

Seorang pegawai polis memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa exco Selangor Nik Nazmi Nik Ahmad hanya memberikan notis perhimpunan Black 505 kepada pihak polis pada hari acara itu pada Mei 2013.

Deputi Superintendan Lim Chee Khoon berkata siasatannya mendapati Nik Nazmi yang juga ketua Pemuda PKR memberikan notis kira-kira jam 12.30 tengah hari sedangkan acara itu dijadual berlangsung pada 8 malam hari yang sama.

“Saya majukan siasatan saya kepada timbalan pendakwa raya yang mencadangkan Nik Nazmi didakwa kerana penganjur gagal memberikan notis 10 hari,” katanya.

Siasatan dijalankan bawah Seksyen 9(1) Akta Perhimpunan Aman 2012.

Lim, pegawai penyiasat kanan daripada ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya yang kini bertugas sebagai timbalan OCPD Sabak Bernam, berkata demikian ketika menjawab soalan peguam kanan persekutuan Zuhrin Mohd Dom.

Lihat Komen