malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Persatuan Bugis minta Mahathir jaga mulut
Diterbitkan:  Oct 17, 2017 9:48 AM
Dikemaskini: 1:59 AM
ADS

Kenyataan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabel Bugis sebagai lanun, menyinggung perasaan masyarakat Bugis di negara ini

Setiausaha Agung Persatuan Bugis Johor, Md Sah Daeng Matatah berkata, kenyataan tersebut menghina masyarakat Melayu Bugis di seluruh negara termasuk keluarga diraja.

"Tidak patut Tun Mahathir cakap begitu. Itu dah rasis. Berapa ramai orang Melayu Bugis di sini? Sultan Melayu ramai dari keturunan Bugis di Johor, Selangor, Perak, Kelantan dan ramai lagi.

"Orang Bugis bukan lanun. Itu (lanun) digelar oleh orang putih. Kita (Bugis) adalah pahlawan dan ini juga disebut dalam sejarah," katanya ketika dihubungi BH Online.

Beliau berkata demikian mengulas ucapan Mahathir pada himpunan antikleptokrasi di Padang Timur, Petaling Jaya pada Sabtu lalu.

Dalam ucapannya Mahathir menyebut bahawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, mungkin berasal dari lanun Bugis, yang sesat ke Malaysia dan memintanya balik ke tempat asalnya.

Md Sah berkata, sebagai orang yang sudah berusia, Mahathir tak sepatutnya bercakap sedemikian dan menghina orang lain.

"Jangan hina orang Bugis. Tak patut dia cakap seperti itu. Dia sepatutnya jaga mulut.

"Patutnya sebagai orang yang sudah tua, dia kerap pergi ke masjid, sepatutnya dia bertaubat di hujung usia ini," katanya.

Sementara itu dalam perkembangan sama, Sinar Harian melaporkan Persatuan Bugis Johor membuat laporan polis supaya menyiasat dan mengambil tindakan terhadap Mahathir.

Yang Dipertuanya, Datuk Awang Mohamad berkata kenyataan Mahathir mengguris hati masyarakat Bugis di Malaysia dan nusantara yang dianggar seramai enam juta orang.

Menyifatkan kenyataan Mahathir sebagai biadap, Awang berkata pihaknya sudah membuat dua laporan polis dan menggesa Mahathir memohon maaf.

 

Lihat Komen