malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
G25 mahu semakan kehakiman batal pengharaman buku
Diterbitkan:  Oct 16, 2017 9:39 AM
Dikemaskini: 2:22 AM
ADS

Kumpulan G25 memfailkan permohonan penangguhan untuk melakukan semakan kehakiman bagi membatalkan larangan Kementerian Dalam Negeri terhadap buku kumpulan itu yang bertajuk "Breaking the Silence: Voices of Moderation - Islam in a Constitutional Democracy".

Dalam satu kenyataan hari ini, kumpulan bekas penjawat tinggi awam itu berkata permohonan itu difailkan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Jumaat lepas.

Ini selepas kumpulan itu gagal membatalkan pengharaman sejak larangan itu ditandatangani oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi pada 14 Jun lalu dan diwartakan pada 27 Julai 2017.

Usaha kumpulan itu agar pengharaman berkenaan ditarik balik tanpa melakukan semakan kehakiman gagal termasuk bertemu Zahid menerusi pejabat bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, kata G25.

G25 berkata mereka masih bingung mengapa buku itu diharamkan dan dikatakan memudaratkan ketenteraman awam.

"Ini terutama apabila tujuan buku itu hanya untuk meneroka konsep kesederhanaan dalam Islam, dalam konteks Malaysia sebagai negara demokrasi berperlembagaan dengan aspirasi negara untuk menjadi sebuah negara maju dan model untuk dunia Islam," katanya.

Kumpulan itu, menambah bahawa tujuannya melalui buku itu adalah untuk mendidik masyarakat bahawa kesederhanaan dalam politik dan agama, dan tata pemerintahan yang baik harus dipraktikkan, sehingga keamanan, kestabilan dan kemajuan ekonomi dapat dicapai.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen