malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Khalid mahu tiga bekas MB ikut beliau, bukan sebaliknya
ADS

Bukanlah sangat bekas menteri besar (MB) Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mahu mengikut jejak langkah bekas-bekas MB dalam Barisan Nasional.

Sebaliknya, beliau mahu ketiga-tiga mereka - Tan Sri Mohamad Khir Toyo, Tan Sri Abu Hassan Omar dan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib - untuk berganding bahu dengan beliau berjuang untuk kesejahteraan rakyat.

"Kita bukan hanya berpolitik hanya politik, kita berpolitik kerana pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

"Apa yang saya cakap yang paling penting, bukan dekat mana saya berdiri. Katalah, komponen Umno menyokong saya supaya penyusunan semula industri air (di Selangor) dipercepatkan, saya setuju. Saya cakap baguslah, kita sama-sama kerja lah.

"Saya takut perjuangan kita ni, terhad kepada parti, bukan. Perjuangan kita tu melebihi parti," kata beliau kepada pemberita selepas hadir majlis mengumpul dana bagi PAS di Shah Alam hari ini.

Beliau memaklumkan tidak akan menyertai mana-mana parti politik dan beliau tidak akan bertanding dalam pilihanraya akan datang, samada kerusi DUN atau parlimen.

Pesuruhjaya PAS Selangor Sallehen Mukhyi menjelaskan kemudian bahawa apa yang dimaksudkan Khalid bukanlah beliau mahu menyertai tiga orang bekas MB Selangor, tetapi beliau mengajak mereka untuk menyertai perjuangannya untuk rakyat.

Khalid yang duduk bersebelahan Sallehin, bersetuju dengan penjelasan itu sambil berkata 'ya'.

[Baca berita penuh]
 

Lihat Komen