malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Lagi anggota keluarga Shafie Apdal ditahan SPRM
Diterbitkan:  Oct 15, 2017 1:30 PM
Dikemaskini: 5:34 AM
ADS

Seorang lagi anggota keluarga Presiden Parti Warisan Sabah, Datuk Seri Shafie Apdal ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam.

The Star melaporkan lelaki terbabit adalah menantu kepada ahli perniagaan yang juga adik kepada Shafie, Hamid Apdal.

Ahli perniagaan berusia 37 tahun itu ditahan pada jam 5.30 petang semalam selepas dipanggil memberi keterangan di pejabat SPRM di Kota Kinabalu.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Azam Baki mengesahkan penahanan itu.

Hamid pada Rabu lepas turut ditahan dan rumahnya diserbu oleh SPRM.

Penahanan itu dipercayai ada kaitan dengan penyelewengan RM1.5 bilion dana awam untuk pembangunan luar bandar yang disalurkan menerusi Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah antara tahun 2009 hingga 2015.

Turut ditahan sebelum ini ialah Naib Presiden WARISAN Peter Anthony, Ketua Pemudanya, Mohd Azis Hamman, Ketua Penerangan Pemuda Umno Sabah, Jamawi Jaafar dan Ketua Pemuda Umno Tawau, Ariffin Kassim

Lihat Komen