malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Acara Oktoberfest ke-45 yang dianjurkan Persatuan Jerman Malaysia di Pulau Pinang malam tadi berlangsung tanpa sebarang halangan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata hal itu menunjukkan Pulau Pinang "bukan negara Taliban".

"Pelampau ini mungkin berjaya mengharamkan Oktoberfest di Selangor dan Kuala Lumpur, tetapi mereka tidak akan berjaya di Pulau Pinang.

"Pulau Pinang tidak berminat melarangnya, atau mengganggu kebebasan rakyat Malaysia. Kami bukan negara Taliban," katanya.

Acara yang sama sebelum ini diharamkan di Selangor apabila polis memetik risiko keselamatan, sementara parti pembangkang seperti PAS dan Pemuda BERSATU membuat petisyen kepada kerajaan negeri untuk meneruskan larangan tersebut.

Lim berkata terdapat beberapa "suara yang tidak mesra" terhadap festival tradisional Jerman itu di beberapa negeri lain.

Bagaimanapun, beliau gembira kerana di Pulau Pinang, masyarakat Jerman, yang tiba lebih seratus tahu lalu, tidak menghadapi "gangguan" tersebut dan dapat terus meraikan festival mereka dengan penduduk tempatan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen