malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Siapa yang beli siapa sebenarnya, soal Mahathir
Diterbitkan:  Oct 13, 2017 11:59 AM
Dikemaskini: 4:06 AM
ADS

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata BN telah bercelaru dan mengeluarkan kenyataan bercanggah berhubung pihak yang mendominasi Pakatan Harapan.

Katanya, ketika pemimpin Umno mendakwa DAP menguasai Pakatan Harapan, MCA pula mendakwa DAP dan pemimpinnya Lim Kit Siang menjual diri kepada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

“Tak tahulah kerana tak dapat dengarkah atau telinga tersumbat dengan dedak, tetapi yang jelas ialah segala pertanyaan berkenaan 1MDB atau 2.6 bilion, jawapannya ialah DAP yang mendominasi HARAPAN dan Kit Siang akan jadi perdana menteri.

“Sebaliknya MCA pula mendakwa Kit Siang sudah jual dirinya dan DAP kepada BERSATU,” kata Mahathir.

'Saya tak gila macam RPK'

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir turut menyentuh dakwaan beliau menyogok Lim sebanyak RM1 bilion ringgit, seperti didakwa penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK).

“Wah! Kayanya saya. Tetapi saya tak gila macam RPK. Kalau saya ada 1 bilion, saya akan bina mahligai dan bukan rumah biasa yang diduduki oleh saya.

“Jangan tanya saya dari mana saya dapat satu bilion. Tanya RPK. Jawabnya mungkin Arab bagi. Jika dia tahu saya boleh bagi satu bilion Ringgit kepada Kit Siang dia tentu tahu dari mana saya dapat duit itu.

“Yang diketahui umum ialah dari mana RPK dapat duit.

“Yang perlu ditentukan oleh BN ialah siapa beli siapa. Kit Siang beli saya atau saya beli Kit Siang di Malaysia,” katanya.

Lihat Komen