malaysiakini logo
story-image
story-image
ADS

Hamid Apdal, adik kepada Presiden Parti Warisan Sabah (WARISAN) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, hari ini dikenakan tahanan reman selama lima hari.

Majistret Stephanie Sherron Abbie meluluskan permohonan itu, yang dibuat di bawah Seksyen 17(a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Ketika Hamid dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kota Kinabalu, ahli keluarganya dilihat bergegas mengikutinya ke arah kenderaan SPRM, sambil berteriak "pa, I love you".

SPRM menahan Hamid pada pukul 9.30 malam semalam, selepas sesi soal siasat kira-kira tiga jam di pejabat SPRM di Kota Kinabalu.

Hamid hadir ke pejabat SPRM pada pukul 10 pagi semalam, selepas SPRM gagal menemuinya di kediamannya dua hari lepas.

Dia kemudian dibawa ke kediamannya di Putatan, diiringi lima pegawai SPRM.

Pegawai memeriksa rumahnya untuk mencari bukti bagi membantu siasatan berhubung dakwaan penyelewengan dana yang diperuntukkan bagi pembangunan luar bandar di Sabah.

Semalam, dua pemimpin Pemuda Umno Sabah, Jamawi Jaafar dan Ariffin Kassim serta Ketua Pemuda WARISAN Mohd Azis Jamman turut direman lima hari.

Tempoh reman Naib Presiden WARISAN Peter Anthony, yang ditahan Khamis lalu, turut dilanjutkan selama tiga hari, daripada tempoh asal lima hari.

Penahanan itu berhubung dakwaan penyelewengan dana pembangunan luar bandar di Sabah di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah sebelum pengguguran Shafie ketika rombakan kabinet pada 2015.

Lihat Komen