malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Pemilihan semula CEC, mungkin Guan Eng ketuai DAP hingga 2020
ADS

Pemilihan semula jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) yang tertangguh sebagaimana yang diperintahkan oleh Pendaftar Pertubuhan (ROS) mungkin akan menyaksikan Lim Guan Eng bakal melanjutkan tempoh perkhidmatan beliau sebagai ketua parti itu.

Pemilihan semula parti pada 12 November 2017 ini dapat menjadikan Lim memanjangkan tempoh khidmat sebagai setiausaha agung parti sehingga tahun 2020, jawatan yang disandang beliau semenjak 2004 lagi.

Di bawah perlembagaan parti yang dipinda pemimpin sebelum beliau Kerk Kim Hock, seseorang itu boleh menjawat setiausaha agung hanya selama tiga penggal.

Jangka waktu untuk setiap penggal boleh diperpanjangkan jika pemilihan parti ditunda - untuk maksima selama 18 bulan - menjelang pilihan raya umum.

Lim sedang berkhidmat untuk penggal terakhir beliau sebagai setiausaha agung.

Jika bukan disebabkan pemilihan semula, penggal khidmat beliau akan berakhir apabila parti itu menjalankan pengundian dalaman selepas pilihan raya umum ke 14, menandakan era baru DAP.

ROS telah mengarahkan DAP mengadakan pemilihan semula parti untuk CEC dalam surat pada Julai 2017 lalu, mendakwa pemilihan semula jawatankuasa yang sama itu empat tahun sebagai tidak sah.

ROS mendakwa terdapat mereka yang layak mengundi tidak dibenarkan berbuat demikian dan mereka yang tidak layak pula sebaliknya dibenarkan mengundi.

DAP telah menafikan dakwaan ROS itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen