malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Ukhuwah di dada walau ada yang tak serupa'
Diterbitkan:  Oct 9, 2017 3:17 PM
Dikemaskini: 7:26 AM
ADS

Mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin mengucapkan terima kasih kepada Ketua Penerangan PAS Nasrudin Hassan kerana melawat beliau di kediamannya malam tadi.

“Persahabatan sentiasa mengikat hubungan insan.

“Ukhuwah sesama Muslim sentiasa setia di dada walaupun mungkin ada hal yang kita tidak begitu serupa,” katanya.

Butiran perbincangan kedua-dua bagaimanapun pihak tidak didedahkan.

Tujuh bulan lalu, Asri turut menerima kunjungan Ketua Penerangan Dewan Ulama PAS Datuk Dr Khairuddin Aman Razali di kediamannya di Kangar, Perlis.

Lawatan itu dibuat di tengah-tengah kehangatan isu debat mereka berdua selepas Khairuddin menyifatkan mufti itu “pening” dan mahu “menyekeh” kepalanya jika berkata pindaan Akta 355 tidak wajib.

Menulis di Facebook, Asri memohon supaya Allah merahmati setiap insan yang ikhlas ingin berkhidmat untuk agama-Nya.

“Kita hanya hamba-hamba-Nya, berijtihad dan bekerja dalam batasan yang kita faham dan percaya,” katanya.
“Hakikat setiap kebenaran tersimpan di sisi Allah.

“Kita berjumpa, saling bertegur siapa, menghormati dan mendoakan yang terbaik untuk semua.”

Lihat Komen