malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
E-Harakah perkenal modul langganan mulai 1 Nov
ADS

Bermula 1 November depan, pembaca portal Harakahdaily.net akan dikenakan bayaran langganan sebanyak RM10 sebulan bagi ruangan eksklusifnya (e-Harakah).

Ketua Pengarang Harakah, Wan Nordin Wan Yaacob berkata, pembaca boleh mendapatkan kata laluan percuma selama sebulan sebelum kadar bayaran tersebut dilaksanakan.

Bagaimanapun katanya, segmen Harakah Daily (berita harian) masih boleh dibaca secara percuma.

“Bukan keseluruhan berita berbayar, kalau berita itu dimasukkan dalam e-Harakah baru berbayar, nanti tak ada orang baca pula,” katanya kepada Malaysiakini.

Katanya, buat masa ini, pembaca masih boleh melayari laman sesawang portal itu dan membaca ruangan e-Harakah secara percuma.

ADS

Wan Nordin ketika ditanya sebab bayaran itu dikenakan bagaimanapun tidak mengetahui mengapa lembaga pengarah Harakah memutuskan demikian.

“Saya cuma ketua pengarang sahaja, bahagian lembaga perniagaan yang tentukan. Ia bukan parti (PAS tentukan) tapi bahagian perniagaan, di bawah CEO (ketua pengarah eksekutif),” katanya.

Jelasnya, selepas 1 November ini, akan terdapat perubahan sebanyak 70 peratus di portal lidah rasmi PAS itu nanti.

ADS

Wan Nordin ketika ditanya jika modul langganan dilaksanakan adakah terdapat kesan sampingan terhadap akhbar Harakah berkata:

“Akhbar yang dicetak akan ada perbezaan lain. Kita sedang bincang lagi mengenai perkara ini. Yang bercetak memang ada penurunan jadi kita nak tumpu pada portal.

“Laporan khas pula (dalam e-Harakah) tak semestinya akan masuk dalam akhbar, lihat pertimbangannya macam mana,” katanya.

Selain e-Harakah, Bernama, Malaysiakini (edisi bahasa Inggerisdan Berita Harian Plus juga menawarkan berita dengan langganan berbayar.


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen