malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Sultan mahu taklimat pembangunan Johor tiap minggu
Diterbitkan:  Oct 4, 2017 2:04 PM
Dikemaskini: 6:10 AM
ADS

Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menjadikan hari Rabu sebagai 'hari terbuka" bagi membolehkan ketua-ketua jabatan dan agensi kerajaan negeri memberikan taklimat dan perkembangan terkini berkaitan pembangunan negeri.

“Ini adalah untuk memastikan projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh kerajaan negeri Johor dan agensi-agensi berkaitan benar-benar memberi manfaat kepada rakyat,” menurut kenyataan di Facebook baginda.

Baginda berkenan meluangkan masa menerima mengadap kumpulan itu di Istana Bukit Pelangi, Johor Bahru.

“Baginda turut berkenan meneliti setiap dokumen dan pembentangan yang dikemukakan,” menurut kenyataan itu lagi.

Pada hari ini Sultan Johor menerima mengadap Menteri Besar DatukSeri Mohamed Khaled Nordin; Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor Datuk Abdul Rahim Ramli; Penasihat Majlis Agama Islam Johor Datuk Noh Gadut; Datuk Bandar Johor Bahru, A Rahim Nin dan Pengarah Jabatan Kerja Raya Johor Ir Mohd Salleh Abu Bakar.

Lihat Komen