malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
KM persoal ketelusan peruntukan tebatan banjir
ADS

Ketua Menteri Pulau Pinang mempersoalkan kenyataan Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Persekutuan Datuk Seri Zainal Abidin Osman berhubung baki peruntukan berjumlah RM2,157 juta untuk projek tebatan banjir di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata Zainal Abidin (gambar) senyap berhubung perkara itu walau pun beliau sebelumnya mendakwa kerajaan persekutuan telah membelanjakan sebanyak RM2.6 bilion untuk menyelesaikan masalah banjir di engeri itu.

"Apa yang jadi dengan baki duit itu memandangkan Pulau Pinang hanya menerima RM433 juta sahaja daripada kerajaan persekutuan; Zainal Abidin enggan mengulas hal ini," kata Lim pada sidang akhbar di bangunan Komtar hari ini.

"Saya dimaklumkan suatu laporan polis telah dibuat berhubung hal ini dan saya harap Zainal Abidin berani untuk memberi maklum balas dalam masa yang terdekat," tambah beliau.

Pulangkan baki duit tebatan banjir

Lim berkata permohonan maaf daripada Zainal Abidin tidak diperlukan walau pun, "kami rasa beliau telah membohongi rakyat."

"Kami cuma mahu pastikan duit yang dijanjikan kepada kami untuk tebatan banjir dipulangkan kepada kami secepat mungkin."

Pada 26 September 2017, ahli exco kerajaan negeri mengenai tebatan banjir Chow Kon Yeow menunjukkan bukti berupa data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran yang mencatatkan kerajaan persekutuan hanya memperuntukan RM433 juta untuk Pulau Pinang.

Beliau memberi maklum balas berhubung kenyataan Zainal Abidin dan menteri sumber asli dan alam sekitar Datuk Seri Wan Junaidi Tunku Jaafar bahawa sebanyak RM2.6 bilion telah dibelanjakan untuk projek tebatan banjir di negeri utara itu.

Lim memohon dana dari Putrajaya bagi langkah-langkah tebatan banjir dipercepatkan susulan Pulau Pinang dilanda hujan lebat sebanyak 270mm pada 15 September 2017 lalu menyebabkan kejadian banjir kilat di pulau itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen