malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Pilihan raya kampus UM kekal status quo
Diterbitkan:  Sep 28, 2017 11:55 PM
Dikemaskini: Sep 29, 2017 6:28 AM
ADS

Penggerak Mahasiswa yang juga disebut sebagai Pro-Aspirasi memenangi 29 daripada 41 kerusi dalam pilihan raya Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaya (MPP).

Gabungan Pro-Mahasiswa, yang terdiri daripada Angkatan Mahasiswa, Demokrat UM dan UM Association of New Youths (Umany) pula menang tujuh kerusi.

Neosiswa yang merupakan gerakan mahasiswa Islam pula menang tiga kerusi, juga bilangan kerusi yang sama seperti pemilihan lalu. Manakala selebihnya dimenangi calon bebas.

Sebanyak 8,966 pelajar mengundi pada pilihan raya kampus Universiti Malaya dengan jumlah pemilih sebanyak 64.95 peratus.

Keputusan yang dimumkan malam ini menunjukkan status quo dan tiada banyak perubahan.

Pada pilihan raya kampus lalu Pro-Aspirasi memenangi 29 kerusi manakala Pro-Mahasiwa memenangi enam kerusi dan Neosiswa memenangi tiga daripada 40 kerusi yang dipertandingkan.

Dinamika pilihan raya kampus disamakan dengan politik nasional.

Pro-Aspirasi dilihat sebagai kumpulan pro-establishment yang  mempunyai hubungan dengan kerajaan dan Pro-Mahasiswa dilihat sebagai anti-establisment, manakala Neosiswa bercirikan keagamaan.

Lihat Komen