malaysiakini logo
story-image
ADS

Naib Presiden PKR, Tian Chua bersedia untuk dipenjarakan menjelang rayuan terakhirnya terhadap hukuman penjara dan denda RM1,000 kerana melanggar arahan polis pada tahun 2012.

"Tak ada apa yang perlu dibimbang, saya fikir saya akan dipenjara esok.

"Saya sudah bersedia untuk ke penjara," kata Tian Chua kepada Malaysiakini ketika dihubungi menjelang keputusan Mahkamah Rayuan esok.

Ahli Parlimen Batu itu berkata beliau menjangkakan Mahkamah Rayuan akan mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada November tahun lepas, yang menolak rayuan awalnya terhadap sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Mahkamah Sesyen pada 23 Januari 2014.

Tian Chua disabitkan di bawah Akta Kawasan dan Tempat Larangan1959 kerana menolak perintah meninggalkan Kompleks Pulapol di Jalan Semarak pada 29 April 2012, sehari selepas ditangkap semasa perhimpunan BERSIH 3 di Kuala Lumpur.

"Sekiranya hakim menjatuhkan hukuman penjara satu tahun, saya fikir ia terlampau lama, saya tak fikir ia sangat keterlaluan (satu tahun penjara).

"Mungkin dua bulan penjara tetapi saya fikir hakim akan kekalkan keputusan Mahkamah Tinggi ...," kata Tian Chua sambil menambah beliau tidak bimbang tentang kemungkinan kehilangan status MP atau dihalang daripada bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Anggota Parlimen yang didenda lebih RM2,000 atau dijatuhi hukuman penjara lebih daripada satu tahun, akan kehilangan kerusi di Dewan Rakyat dan dihalang daripada bertanding bagi kerusi itu selama lima tahun.

 

Lihat Komen