malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Menang p'raya: PM ucap tahniah pada canselor Jerman
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan tahniah kepada Canselor Jerman Angela Merkel atas kejayaan memenangi pilihan raya persekutuan pada Ahad.

Najib berkata beliau akan berusaha untuk mengeratkan lagi hubungan Malaysia dengan Jerman.

Dalam siri catatan di Twitter beliau hari ini, perdana menteri berkata dengan jumlah US$11.4 bilion, Jerman merupakan pelabur terbesar dalam kalangan negara Kesatuan Eropah di Malaysia dengan pewujudan 63,000 kerja.

Najib berkata pertemuan beliau dengan canselor itu pada tahun lepas telah memberikan hasil produktif.

"(Saya) mengharapkan lebih banyak lagi,” katanya.

Najib melakukan lawatan rasmi ke Jerman pada September 2016 - yang pertama olehnya sejak menjadi perdana menteri pada 2009 - atas undangan Merkel.

Pilihan raya itu menyaksikan Merkel dipilih sebagai canselor untuk penggal keempat selepas gabungan Christian Democrat (CDU) dan Christian Social Union (CSU) memenangi 33 peratus undi.

- Bernama

Lihat Komen