malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Tunku Idris: Dobi 'Islam sahaja' terlalu melampau
Diterbitkan:  Sep 25, 2017 7:31 PM
Dikemaskini: 11:43 AM
ADS

Tunku Temenggong Johor Tunku Idris Sultan Ibrahim bertitah baginda terkejut dengan kewujudan dobi khas untuk orang Islam sahaja di Muar, Johor.

“Benarkah ini? Ini terlalu melampau.

“Saya terkejut,” tulis putera sultan Johor di Twitter petang ini.

 

Is this for real? This is a too extreme. I'm appalled.

A post shared by @tunku_idris on

Baginda juga memuat naik rakaman skrin laporan sebuah media berbahas Inggeris berkaitan perkara itu.

Laporan itu, yang bertarikh semalam, antaranya memuatkan gambar papan makluman di kedai itu yang menjadi tular di Internet.

Pandangan baginda itu selari dengan Mufti Perlis Datuk Mohd Asri Zainul Abidin yang disiarkan di Malaysiakini hari ini yang menganggapnya sebagai amalan sempit.

Menurut gambar yang tersebar, kedai tersebut meletakkan papan tanda tertera "Dobi ini hanya menerima pelanggan beragama Islam sahaja atas faktor kesucian".

Pengendali dobi itu ketika ditemui sebuah akhbar Cina enggan menyatakan sebab syarat itu dikenakan, dan hanya berkata melaksanakan tanggungjawab sebagai orang Islam.

Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) Datuk Nooh Gadut sendiri bagaimanapun melihat perkara itu tiada masalah kerana bagi menjamin pakaian yang dicuci bersih daripada najis berat.

Lihat Komen