malaysiakini logo
story-image
ADS

Parti Generasi Baru telah mengumumkan hasratnya untuk bergabung dengan Pakatan Harapan, dengan menjanjikan bantuan kepada gabungan itu untuk memenangi sehingga 25 kerusi Parlimen yang BN menang tipis.

Ia juga akan membantu HARAPAN mengekalkan 12 kerusi parlimen yang gabungan itu menang tipis, kata pengerusi parti itu, Rajaretinam Armuggan hari ini.

Beliau bercakap dalam sidang akhbar untuk mengumumkan permohonan untuk menamakan semula Parti Generasi Baru kepada parti Tindakan Hak Minoriti (MIRA).

Beliau berkata parti itu akan memperjuangkan hak semua etnik minoriti dan menggerakkan pengundi minoriti untuk menyokong HARAPAN.

"Hanya perubahan kerajaan saja yang akan membawa kepada perubahan kepada dasar dan perlaksanaan. Kerajaan yang sama masih berdegil dengan polisi yang sama, perlaksanaan yang sama," katanya.

Oleh itu, tegasnya, kalau dasar dan pelaksanaan tidak berubah, maka selagi itulah dasar itu tidak mesra dengan minoriti dan kumpulan yang terpinggir.

"Atas dasar itu, kami yang mewakili Parti Generasi Baru ataupun Mira mengambil keputusan untuk bersama dengan Pakatan Harapan sebagai rakan yang kelima dalam HARAPAN," katanya.

Sebagai balasan atas sokongannya, Rajaretinam berkata MIRA tidak akan bertanding di mana-mana kerusi pilihan raya.

Sebaliknya, Mira mahu HARAPAN mempertimbangkan untuk menerima dan melaksanakan Deklarasi tentang Hak Orang-Orang yang termasuk dalam Kebangsaan atau Sukubangsa, Agama dan Bahasa 1992 di Malaysia.

Parti Generasi Baru telah didaftarkan oleh bekas pemimpin PKR S Gobi Krishanan dan Rajaretinam pada 28 Ogos 2013, bersama-sama aktivis dari beberapa NGO.

Gobi telah meletak jawatan pada 22 Julai tahun ini.

[Baca berita penuh/asal]

Lihat Komen