malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Tiada rundingan, Nurul Izzah kata pendirian HARAPAN jelas
ADS

Sudah hampir sebulan sejak majlis kepimpinan Pakatan Harapan memutuskan bahawa gabungan parti pembangkang itu tidak akan bekerjasama dengan PAS dalam pilihan raya umum akan datang, yang mesti diadakan pada pertengahan tahun depan.

Bagaimanapun, isu PKR yang mahu bekerjasama dengan PAS masih belum selesai dengan sesetengah pihak dalam parti itu mempercayai bahawa ia masih perlu diteruskan.

Tetapi bagi Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar, pendirian parti itu seperti yang dinyatakan oleh Presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail adalah jelas - berpegang kepada pendirian HARAPAN.

"Beliau (Wan Azizah) telah menyatakan dengan jelas pada hari di mana HARAPAN berikrar tidak akan ada lagi rundingan dengan PAS dan kami akan bergerak (tanpa PAS)," kata Nurul Izzah dalam satu temubual dengan Malaysiakini pada hari Khamis.

Nurul Izzah, bagaimanapun, menyatakan bahawa hubungan tidak boleh diputuskan sepenuhnya. Beliau berkata keterlibatan sosial, seperti melawat pemimpin yang sakit, boleh diterima.

"Jika (Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Abdul Razak tidak sihat, saya akan mengunjungi beliau. Adakah ia bermaksud saya ada pakatan pilihan raya dengan beliau?" kata Nurul Izzah sambil menegaskan bahawa beliau tetap terikat dengan (pendirian) HARAPAN.

 

 

Sebelum ini, Wan Azizah dan Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Azmin Ali yang mengunjungi presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang di hospital, telah mencetuskan spekulasi PKR mengadakan perbincangan rasmi dengan PAS.

Isu PKR dan PAS mengusahakan satu kerjasama pilihan raya telah mewujudkan pergeseran dalam parti itu. Sebagai contoh, di Kelantan, ahli PKR yang menolak kerjasama dengan PAS, menuntut pemecatan pemimpin di peringkat negeri itu yang menyokong rundingan tersebut.

Usaha mengadakan kerjasama dengan PAS itu tertumpu terutamanya untuk mengelak pertembungan tiga penjuru, yang akhirnya boleh menguntungkan BN dalam pilihan raya yang akan datang.

Nurul Izzah mengakui bahawa memenangi pertandingan tiga penjuru merupakan satu cabaran, tetapi berpendapat bahawa ia tidak mustahil.

Bagaimanapun, walaupun menegaskan bahawa tiada rundingan dengan PAS, Nurul Izzah tidak menolak kemungkinan mengenai pakatan pasca pilihan raya.

 

 

"Boleh jadi ada pakatan selepas pilihan raya... itulah yang berlaku pada tahun 2008," katanya, merujuk kepada kewujudan Pakatan Rakyat - yang kini telah berkubur - antara PKR, DAP dan PAS.

Nurul Izzah kemudian menjelaskan ia memerlukan semua pihak yang ingin membentuk pakatan supaya menangani isu defisit keyakinan semasa serta menerima agenda reformasi utama HARAPAN.

Beliau juga menegaskan bahawa PKR dan HARAPAN tidak seharusnya cepat mengutuk atau mengecam pemimpin lain dalam PKR yang cuba mendapatkan kerjasama PAS.

Nuruk Izzah berkata, sebaliknya usaha-usaha perlu dibuat untuk memahami mengapa ada pemimpin terbabit "berkeras" mengelakkan pertandingan tiga penjuru.

Nurul Izzah juga meminta penglibatan secara langsung dengan ahli PAS, yang menurutnya, telah menjadi rakan PKR sejak tahun 1998.

"Kita perlu membuat perbezaan itu - mereka bukan pemimpin, mereka bukan golongan elit, mereka adalah orang yang benar-benar peduli mengenai negara ini," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Di bawah adalah petikan temubual eksklusif dengan Malaysiakini dengan Nurul Izzah yang menghuraikan tentang peluang HARAPAN dalam pertarungan tiga penjuru, dan pengalamannya sebagai pengarah pilihan raya PKR.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen