malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'PKR tahu Mat Taib nak tinggal parti lima hari sebelumnya'
Diterbitkan:  Sep 23, 2017 9:21 AM
Dikemaskini: 3:12 AM
ADS

PKR memang sudah mengetahui bahawa bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib akan meninggalkan parti itu lima hari sebelum pengumuman dibuat.

Menurut pengerusi PKR Perak, Muhd ​​Nur Manuty, perkara itu dimaklumkan semasa mesyuarat biro politik parti itu minggu lepas.

Beliau menambah bahawa Muhammad Taib dilihat dengan bekas pemimpin Umno Selangor di Bangsar, Kuala Lumpur sebelum dia keluar parti.

"Jadi kita tahu mengenainya," kata Muhd ​​Nur dalam satu ceramah Pakatan Harapan di Selama, Perak.

Pada hari Ahad, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak memanggil satu sidang akhbar 'khas' di ibupejabat Umno.

Beliau telah mengumpul semua ahli Majlis Tertinggi parti itu untuk menghadirinya, sekaligus mencetus spekulasi bahawa ia adalah satu pengumuman penting.

Bagaimanapun, pengumuman Najib bahawa Muhammad Taib telah kembali ke pangkuan Umno selepas menghabiskan empat tahun bersama pembangkang, dilihat oleh ramai sebagai anti-klimaks.

Parti-parti Pakatan Harapan pula berkata Muhammad Taib tidak banyak menyumbang dalam masa yang singkat dia bersama pembangkang.

Sementara itu, Muhd ​​Nur menggesa pengundi dari kawasan Larut supaya menolak Datuk Hamzah Zainuddin, kerana kawasan itu masih kurang infrastruktur asas walaupun ahli Parlimennya adalah seorang menteri kabinet.

Semasa pilihan raya 2013, Hamzah mengekalkan kerusi Larut dengan memperoleh 55 peratus undi, meningkat daripada 52 peratus pada 2008.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen