malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Pelaburan China, pendirian pembangkang jejas peniaga tempatan'
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berkata pendirian pembangkang yang menyerang Barisan Nasional kerana membawa masuk pelaburan asing dari China menjejaskan komuniti perniagaan Cina tempatan.

"Anggota pembangkang menyerang kita kerana kita membawa masuk pelaburan dari China.

"Inilah sebab yang baik untuk kita tidak menyokong pembangkang kerana mereka tidak memberitahu apa yang baik untuk Malaysia dan masyarakat Cina," kata beliau pada majlis makan malam bersempena sambutan ulang tahun ke 60 persatuan Federation of Hokkien Associations of Malaysia (FHAM) di Serdang, Selangor.

Pihak kerajaan yang menjalinkan hubungan baik dengan kerajaan China untuk menggalakkan kemasukan pelaburan asing (FDI) telah memberi manfaat kepada perusahaan besar serta industri kecil dan sederhana di Malaysia, kata beliau.

"Saya percaya pelaburan China dan hubungan erat dengan China amat baik untuk kita semua. Kita mesti sokong semua projek-projek ini," kata beliau.

Hubungan erat itu memberi manfaat buat industri minyak sawit dan penanam durian, jelas beliau.

"Saya pergi ke China, saya bertanya presiden Xi Jinping dan perdana menteri Li Keqiang untuk mempertimbangkan membeli minyak sawit kita dan kerajaan China telah pun memberi maklum balasnya," kata beliau.

"Sarang burung akan masuk ke pasaran China. Malah sarang burung yang belum diproses juga diterima oleh China," tegas beliau.

"Apabila pembangkang menyerang kita, mereka pendek akal dan mereka tidak melakukan keadilan terhadap rakyat Malaysia," kata beliau.

Dalam ucapan beliau, Najib menunjukkan kemampuan bertutur dialek Hokkien dengan mengucapkan 'dai kie how' (khabar baik semua) dan 'kamxia' (terima kasih). Beliau selanjutnya berkata beliau ialah 'xiu xiong' (perdana menteri).

Najib juga memaklumkan penghargaan bahawa pentadbiran beliau bersikap adil dan saksama kepada masyarakat Cina dengan membina sekolah-sekolah Cina pada masa lalu.

Beliau merujuk sekolah baru Kuantan Independent High School, cawangan baru Foon Yew High School di Johor serta usaha kerajaan dalam menyelesaikan masalah kekurang guru yang dihadapi Sekolah-sekolah Rendah Jenis Kebangsaan Cina (SRJKC).

Beliau turut menggesa murid-murid SRJKC mempertingkatkan penguasaan Bahasa Malaysia yang menjadi medium komunikasi bagi memperkukuh penyatuan nasional.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen