malaysiakini logo
story-image
ADS

Tiga pelajar Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah yang masih dirawat di Hospital Kuala Lumpur akibat kebakaran di pusat itu Khamis lepas berada dalam keadaan stabil, kata Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S.Subramaniam.

"Kami berusaha sedaya upaya untuk merawat mereka bagi memastikan mereka pulih dengan sebaik mungkin,” kata beliau ketika mengumumkan keadaan terkini pelajar berkenaan pada sidang akhbar di kementeriannya di Putrajaya hari ini.

Kebakaran pada 5.15 pagi itu meragut nyawa 21 pelajar dan dua guru akibat terperangkap di dalam bangunan tiga tingkat pusat tahfiz berkenaan.

- Bernama

Lihat Komen