malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Haram pesta arak: Ini semua salah DAP, kata MCA
Diterbitkan:  Sep 20, 2017 6:03 PM
Dikemaskini: 10:07 AM
ADS

Seorang pemimpin kanan MCA menyalahkan DAP atas tindakan Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur (DBKL) mengharamkan pesta arak Better Beer Festival 2017 di ibu negara.

Anggota jawatankuasa pusatnya Jason Teoh berkata DAP sebelum ini telah “memperkasakan” PAS – sekutu lama mereka – yang membantah acara itu.

Tindakan itu, kata MCA, termasuk berkempen untuk parti Islam itu.

“PAS, yang diperkasakan oleh Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng dalam dua pilihan raya umum lalu, bukan sahaja menjadikan mereka kingmaker (pencatur kuasa) tetapi juga mampu mempengaruhi keputusan seperti ini.

“Ini hasilnya apabila kamu perkasakan kumpulan pelampau dan DAP harus memikul tanggungjawab dan kerana merekalah pelampau menjadi begitu berkuasa di negara ini.

“Jadi saya gesa pemimpin DAP berhenti mempertahankan hak bukan Islam apabila tindakan mereka sendiri mendorong apa yang berlaku hari ini,” kata Teoh.

DBKL kelmarin dilapor menolak permohonan penganjuran pesta arak Better Beer Festival 2017 yang dirancang pada 6 dan 7 Oktober depan di ibu negara.

Kerajaan tempatan itu juga memberi amaran bertindak jika penganjur meneruskan acara yagn dibantah oleh PAS atas alasan agama dan masalah sosial itu.

Better Beer Festival adalah acara untuk merasai produk pengeluar bir bebas. Penganjuran masuk tahun keenam pada tahun ini.

[Baca berita asal]

Lihat Komen