malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Daim: Tugas Bank Negara maklumkan urusniaga forex
ADS

Menjadi tugas Bank Negara memaklumkan kepada kerajaan mengenai kegiatan perdagangan tukaran asing (forex), kata bekas menteri kewangan Tun Daim Zainuddin.

Beliau berkata, sekatan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972 (OSA) bermakna hanya Gabenor Bank Negara boleh memberitahu kepadanya mengenai perdagangan forex oleh bank pusat ketika dia menjawat menteri kewangan.

Bahkan katanya, pada masa itu ketua audit negara yang melaporkan kepadanya tidak memberitahu beliau ada sesuatu yang tidak kena.

"Segala-galanya yang boleh kamu lihat sekarang adalah bawah OSA. Hakikatnya bawah OSA bermakna mereka tidak mahu orang tahu.

"Sudah tentu, mereka kata OSA bermaksud saya perlu tahu; OSA bermaksud sesiapa yang tahu akan didakwa," katanya kepada pemberita di Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urusniaga forex oleh Bank Negara tiga dekad lalu.

Daim, yang merupakan menteri kewangan dari tahun 1984 hingga 1991, hari ini memberi keterangan bahawa Bank Negara aktif dalam perdagangan forex pada tahun 1988 tetapi beliau tidak menyedarinya pada masa itu.

Apabila ditanya sama ada sekatan OSA juga digunakan terhadapnya, beliau berkata,

"Sudah tentu. Ia bergantung kepada gabenor (Bank Negara) jika dia mahu berkongsi atau tidak. Jika ia berada bawah OSA, tiada siapa yang sepatutnya tahu."

Beliau sekali lagi menegaskan sekiranya tahu mengenai kegiatan forex Bank Negara, beliau akan menghentikannya.

Ini, katanya, adalah kerana Bank Negara sepatutnya melindungi ringgit dan rizab Malaysiadan adalah salah bagi bank pusat itu berdagang dalam pasaran forex untuk mendapat keuntungan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen