malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
'Saya ke Amerika bukan untuk minta sedekah'
Diterbitkan:  Sep 15, 2017 10:52 PM
Dikemaskini: 3:43 PM
ADS

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkata lawatannya ke Amerika Syarikat (AS) amat berjaya.

Beliau dilapor berkata, beliau tidak pergi ke negara kuasa besar itu untuk meminta bersedekah atau melulut, tetapi menyatakan Malaysia telah sampai ke tahap pelaku global.

"Saya beri gambaran bagaimana (Presiden AS Donald) Trump menerima kedatangan saya.

“Selepas pertemuan di bilik kabinet, pegawai protokol meminta Trump berjabat tangan dengan saya di luar pejabatnya.

"Trump kata 'Tidak, saya mahu mengiringi beliau ke kereta dan pegawai protokol berkata kereta saya di bawah tanah, dan Trump berkata 'tidak mengapa, beliau kawan saya," Najib dipetik sebagai berkata.

Perdana menteri berkata Trump menganggap beliau sebagai kawan dan menghormati kepimpinan BN.

"Saya pergi bukan kerana saya tetapi kerana dan untuk Malaysia.

“Kalau kita ada hubungan baik dengan China, Arab Saudi dan China, (ini) adalah kerana Malaysia," katanya lagi seperti dilaporkan.

Najib berkata demikian ketika berucap di hadapan penyokong yang memberi tepukan gemuruh di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang malam Ini.

Media kerajaan melaporkan kira-kira 1,000 orang hadir sejak 6 petang.

Najib melawat AS selama tiga hari mulai 11 September atas undangan Trump bersempena ulang tahun ke-60 hubungan diplomatik kedua-dua negara.

Dalam sambutan hangat itu, mereka membawa pelbagai sepanduk menarik seperti "Hidup mati bersama PM Najib", "Selamat pulang negarawan”, “#KamiGengNajibRazak”, selain ucapan tahniah dan “We love PM”.

Lihat Komen