malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
HARAPAN patut dapatkan penjelasan Anwar, kata MP
ADS

Pakatan Harapan (HARAPAN) patut mendapatkan penjelasan daripada PKR mengenai pendirian Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk meneruskan rundingan kerusi dengan PAS, kata Anggota Parlimen PKR William Leong.

Katanya, ini akan menghentikan perbalahan yang berpunca daripada warkah Anwar, yang dikatakan bercanggah dengan keputusan HARAPAN untuk menghentikan rundingan dengan PAS.

"Keputusan (oleh HARAPAN dan Anwar) dilihat bercanggah, saya berpendapat majlis presiden Pakatan Harapan perlu mendapatkan penjelasan daripada PKR mengenai pendirian parti mengenai perkara itu," kata Leong, yang juga anggota majlis pimpinan tertinggi PKR.

Keputusan HARAPAN katanya, sepatutnya mengatasi keputusan satu pihak (Anwar), tetapi perbincangan masih diperlukan kerana keputusan HARAPAN dibuat berdasarkan prinsip secara konsensus.

Leong menasihati partinya mendengar suara ahli akar umbi dan orang awam yang mahu pembangkang menghentikan rundingan dengan PAS, berdasarkan tinjauan yang dilakukan oleh media.

"Kepimpinan PKR mesti rasai perasaan akar umbi, lebih baik tahu hari ini daripada kecewa pada hari mengundi.

"Apabila orang kecewa, mereka sama ada mengundi menentang (HARAPAN) atau mereka tidak mahu keluar mengundi," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen