Kapal selam kedua China berlabuh di Sabah

(Dikemaskini )

Kapal selam milik tentera laut China berlabuh di Sabah baru-baru ini, menjadikannya sebagai kapal  tentera laut kedua yang melawat Malaysia tahun ini.

Menurut majalah pertahanan Jane's 360, kunjungan itu diadakan antara 8 dan 11 September di pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia di Teluk Sepanggar, Sabah.

Ini, kata laporan itu, dengan lawatan hampir sama awal tahun ini, adalah "tanda betapa erat hubungan pertahanan antara dua negara yang menuntut hak di Laut China Selatan."

Laporan itu menyebut tidak jelas kapal selam mana yang terlibat, sama ada adalah Yuan (Jenis 039A/B) atau kapal diesel-elektrik Song (Jenis 039).

Kapal selam itu dilaporkan diiringi oleh Dajiang (Jenis 925) dan kapal penyelamat Chongmingdao.

Menurut laporan itu, Yuan dan Song dilengkapi dengan enam tiub 533mm, yang mampu melancarkan pelbagai peluru berpandu dan torpedo.

Kapal selam ini mampu membawa torpedo akustik homing Yu-4 dengan peledak 309kg.

Malaysia dan China menyaksikan hubungan semakin akrab ketika negara-negara Asean bertelagah berhubung tuntutan ke atas beberapa pulau di Laut China Selatan.

Tahun lalu, Malaysia membeli empat kapal Misi Littoral (LMS) dari China.

Ini disusuli dengan tiga kapal perang China berlabuh di negara ini - kapal pemusnah CNS Changchun Jenis 052C, fret SNS Jingzhou Jenis 054A dan kapal pengangkut CNS Chaohu Jenis 903 - di Pulau Pinang pada bulan Mei.