malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
DAP gesa Ketua Menteri S'wak pecahkan monopoli CMS
Diterbitkan:  Sep 13, 2017 5:13 PM
Dikemaskini: 9:19 AM
ADS

Ketua Menteri Sarawak Datuk Amar Abang Johari Abang Openg digesa memecahkan monopoli syarikat Cahya Mata Sarawak Bhd dalam monopoli pengeluaran simen negeri.

Dalam sebuah kenyataan bersama hari ini, jurucakap DAP Sarawak Abdul Aziz Isa dan Thomas Sixtus Tegong Laka berkata persaingan dalam industri ini akan mengurangkan harga simen dan rumah.

"Diketahui bahawa harga hartanah di Sarawak telah menjadi sangat mahal, menjadikan ia tidak mampu dibeli golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Antara sebabnya adalah harga bahan binaan seperti simen yang dimonopoli oleh CMS selama berdekad-dekad," kata kenyataan itu.

Mereka berkata hal ini bertambah buruk selepas industri simen dideregulasi dan harga simen bukan lagi barangan dengan harga yang dikawal.

"Monopoli sangat tidak bagus untuk ekonomi negeri. Ini kerana pihak yang memonopoli cenderung untuk berpakat dan mencipta kekurangan bekalan palsu bagi meningkatkan harga produk mereka," dakwa kenyataan itu lagi.

Mereka mendesak Abang Johari membuka industri tersebut dengan mengajak syarikat-syarikat lain untuk mengeluarkan simen dan menggalakkan persaingan sihat.

Mereka berkata hal ini amat penting menjelang pembinaan 12 lagi empangan di Batang Ai, Bakun dan Bengoh.

Lihat Komen