malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Keselamatan, bukan skandal, jadi agenda perjumpaan Najib-Trump
ADS

Presiden Donald Trump dijadualkan menyambut Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Razak ke White House hari ini, dengan mesyuarat tertumpu kepada isu-isu keselamatan dan kemelut siasatan Amerika Syarikat ke atas skandal rasuah negara ini tidak dibincangkan.

Lawatan itu adalah penting bagi Najib, yang bakal berdepan dengan pilihan raya umum tahun depan dan mahu membuktikan beliau masih dialu-alukan oleh White House walaupun Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat sedang menyiasat 1MDB.

Firma pelaburan Malaysia itu diasaskan oleh Najib dan sedang disiasat di sekurang-kurangnya enam negara termasuk Amerika Syarikat, Switzerland dan Singapura. Perdana Menteri Malaysia itu telah menafikan sebarang salah laku.

White House berkata mereka tidak akan mengulas mengenai siasatan DOJ.

"Pelaburan dalam hubungan jangka panjang kedua-dua negara, dengan sendirinya memberikan asas bagi kita untuk menangani isu-isu yang membimbangkan, dan itu termasuk rasuah dan ketelusan," kata seorang pegawai White House yang bercakap dengan syarat tidak mahu namanya didedahkan.

Trump merancang untuk berbincang dengan Najib mengenai provokasi nuklear Korea Utara, dan bagaimana Amerika Syarikat dan Malaysia boleh lakukan lebih banyak untuk menghentikan perkembangan IS di Asia Tenggara, kata jurucakap White House Sarah Sanders kepada pemberita semalam.

Isu Laut China Selatan

Laut China Selatan juga akan menjadi sebahagian daripada perbincangan, seperti perdagangan dan pelaburan, kata Sanders.

Malaysia telah meningkatkan kerjasama ketenteraan dengan Amerika Syarikat di Laut China Selatan, di mana negara itu mempunyai tuntutan bertindih dengan beberapa negara.

"Malaysia amat gusar dengan aktiviti tentera laut China di luar pesisiran pantai Sabah dan Sarawak, di mana syarikat Petronas milik negara sedang menggali minyak dan gas," kata Murray Hiebert, pakar Asia Tenggara di Pusat Pengajian Strategik dan Antarabangsa di Washington.

Najib pernah menikmati hubungan erat dengan bekas Presiden Trump, Barack Obama, dengan bermain golf dengan presiden Demokrat itu di Hawaii pada tahun 2014.

Tetapi hubungan kedua-dua negara menjadi dingin berikutan skandal 1MDB. Jabatan Keadilan memfailkan saman sivil untuk merampas aset bernilai kira-kira AS$1.7 bilion yang didakwa an dibeli dengan dana yang diselewengkan daripada 1MDB.

Pentadbiran Obama juga menjadi kritikan susulan tindakan keras kerajaan Malaysia terhadap media dan pembangkang.

Najib, yang bermegah pernah bermain golf dengan Trump, kemungkinan tidak akan mendengar rungutan mengenai isu hak asasi manusia dari presiden Republikan itu.

"Dengan Trump di White House dan pentadbirannya tidak menjadikan isu hak asasi dan demokrasi sebagai agenda utama, cara Najib menangani pembangkang tidak mungkin akan menjadi tumpuan mesyuarat," kata Hiebert.

- Reuters

[Baca berita penuh]

Lihat Komen