malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Guan Eng tak buli wanita, kata pembantu
Diterbitkan:  Sep 8, 2017 6:08 PM
Dikemaskini: 10:19 AM
ADS

Pegawai khas undang-undang kepada Lim Guan Eng, Raja Syarafina Raja Shuib menafikan dakwaan bahawa ketua menteri Pulau Pinang itu adalah seorang pembuli.

Beliau menjawab tuduhan Ketua Puteri Umno, Mas Ermieyati Samsudin yang mendakwa Lim membuli ADUN Penanti, Dr Norlela Ariffin di Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang dua tahun lalu.

Norlela dilaporkan mengalirkan air mata ketika sidang DUN pada 2015 berikutan kekurangan peruntukan belanjawan bagi aktiviti pelancongan dan pembangunan di kawasannya.

Bagaimanapun menurut Syarafina, luahan hati Norlela tidak mempunyai kaitan dengan Lim.

"Walaupun anggota dewan negeri berkenaan terlalu emosi di dewan negeri Pulau Pinang pada November 2015, atas asas apa Lim disalahkan kerana emosi seseorang?

"Dia (Lim) tidak berada di dewan pada ketika dia (Norlela) menangis," kata Raja Syarafina, sambil menambah bahawa Mas Ermieyati harus menyokong dakwaannya dengan bukti.

Mas Ermieyati, yang juga Timbalan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan berkata demikian ketika Wacana Sinar Siri 49 Menjelang PRU14: Kuasa Undi Wanita di Dewan Karangkraf, Kompleks Kumpulan Media Karangkraf, di Shah Alam.

“Saya kasihan. Beliau menangis beberapa kali dalam dewan. Tak baik Ketua Menteri Pulau Pinang membuli wanita,” katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen