malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
HARAPAN Selangor patuh keputusan pimpinan tertinggi
ADS

Pakatan Harapan (HARAPAN) Selangor memutuskan bahawa ia akan mematuhi keputusan kepimpinan tertinggi di peringkat pusat mengenai hubungan dengan PAS.

"Kami mengambil pendirian untuk mematuhi pendirian HARAPAN pusat," kata Setiausaha HARAPAN Selangor, Zuraida Kamaruddin kepada Malaysiakini.

Ditanya sama ada ini bermakna HARAPAN Selangor tidak akan bekerjasama dengan PAS, Zuraida mengulangi bahawa mereka akan mematuhi pendirian pusat mengenai perkara itu.

Satu lagi sumber daripada HARAPAN mengesahkan keputusan kepimpinan negeri.

Kepimpinan HARAPAN pusat pada 29 Ogos mengisytiharkan bahawa gabungan itu tidak akan bekerjasama dengan PAS pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Pengerusi HARAPAN Selangor, Datuk Seri Azmin Ali yang dilihat sebagai penyokong utama rundingan dengan PAS, berkata beliau akan mematuhi keputusan kepimpinan pusat.

Bagaimanapun, Azmin berkata beliau masih bebas untuk "bercakap" dengan sesiapa sahaja.

Di sebalik keputusan majlis kepimpinan HARAPAN mengenai perkara itu, PKR masih terbahagi dalam isu berkenaan, dengan beberapa orang masih menyokong perbincangan dengan PAS.

Lihat Komen