malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Isteri PM Israel bakal didakwa salah guna wang awam
ADS

Isteri Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu, Sara Netanyahu akan didakwa kerana melakukan penipuan membabitkan barangan bernilai $115,000, lapor agensi berita China Xinhua.

Memetik laporan Channel 2 TV News, Peguam Negara Israel Avichai Mandleblit dijangka mengumumkan perkara itu hari ini.

Sara Netanyahu disiasat kerana melakukan pesanan dan tempahan barangan yang menimbulkan kesangsian apabila melaporkannya sebagai perbelanjaan awam dan bukan membayar secara peribadi.

Beliau menempah hidangan istimewa dan membeli perabot taman untuk vila keluarga Netanyahu di Caesarea, sebuah bandar kaya di tengah Israel, dan mengisytiharkannya sebagai perbelanjaan awam.

Selain itu beliau turut disiasat kerana menggunakan seorang pegawai kediaman rasmi perdana menteri di Baitulmaqdis sebagai penjaga bapanya.

Pejabat Perdana Menteri bagaimanapun menafikan laporan itu.

Suaminya juga sedang disiasat atas dua kesalahan rasuah.

-Bernama

Lihat Komen