malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Najib, Rosmah mohon ketepi saman keluarga PI Bala
ADS

Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor memohon mengetepikan saman kerugian dan kehilangan pendapatan melebihi RM1 juta yang difailkan keluarga mendiang penyiasat persendirian P Balasubramaniam.

Tujuh lagi defendan lain dalam saman itu turut bertindak demikian terhadap saman balu Balasubramaniam, Santamil Selvi dan tiga anak mereka.

Defendan-defendan lain ialah dua adik beradik Najib, peguam Cecil Abraham dan Sunil Abraham serta pengedar permaidani Deepak Jaikishian.

Perkara itu dimaklumkan oleh peguam keluarga itu Americk Sidhu semasa pengurusan kes di Kuala Lumpur di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Hue Siew Kheng.

Hue menetapkan 25 September depan untuk mendengar permohonan lain defendan – bagi menggugurkan kelayakan Americk daripada mewakili keluarga itu – dan juga permohonan penangguhan.

Americk memberitahu pemberita bahawa defendan-defendan mahu menggugurkannya kerana beliau menarik diri daripada mewakili keluarga dalam saman asal ketika rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Bagaimanapun, katanya, beliau memutuskan sekali lagi mewakili keluarga itu setelah Santamil berkata beliau dipaksa membacakan satu kenyataan media tahun lepas.

“Jadi Hakim Hue menetapkan bahawa permohonan untuk gugurkan saya dan permohonan penangguhan mereka akan didengar dahulu,” katanya.

Santamil bulan lepas dilaporkan sekali lagi memfailkan saman terhadap Najib, Rosmah dan beberapa pihak lagi.

Beliau mendakwa anggota keluarganya secara salah dibuang ke luar negara selepas pendedahan Balasubramaniam berkaitan dua akuan berkanun berkaitan Altantuya Shaaribuu.

Keluarga Balasubramaniam mendakwa mereka rugi dan hilang pendapatan susulan hidup dalam buangan antara 2008 hingga awal 2013.

[Baca berita asal]

Lihat Komen