malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
PKR perlu berhenti bercakaran, kata Ambiga
Diterbitkan:  Sep 5, 2017 10:17 PM
Dikemaskini: 2:24 PM
ADS

Ekoran tuduhan Rafizi Ramli mengatakan Ambiga Sreenevasan sebagai antipembangkang, bekas pengerusi BERSIH itu berkata beliau tidak ingin terlibat dalam percakaran pemimpin Pakatan Harapan (HARAPAN).

Bagaimanapun, beliau berkata kenyataan Anggota Parlimen Pandan itu membuktikan lagi percakaran dalaman PKR.

Enggan mengulas lanjut perkara itu, Ambiga menegaskan bahawa sangat tidak patut bagi pemimpin PKR menyerang sesama sendiri dalam keadaan pilihan raya akan tiba tidak lama lagi.

Dalam satu kenyataan petang tadi, presiden persatuan hak asasi kebangsaan (Hakam) itu mengingatkan bahawa Pakatan Harapan menjanjikan rakyat Malaysia demokrasi yang baru dengan kedaulatan undang-undang akan dikembalikan dan asas-asas kebebasan akan dipertahankan.

“Kebebasan bersuara (termasuk mendengar suara yang anda tidak gemar) antara yang paling penting. Kita perlu diyakinkan bahawa HARAPAN akan memegang prinsip-prinsip ini bukan saja dengan kata-kata, tapi juga pelaksanaan.

“Ini adalah salah satu ujian yang paling sukar tapi ia juga ujian yang paling penting (untuk menunjukkan sikap sebenar). Mendengar dan menghormati pendapat berbeza penting untuk sebuah demokrasi yang sejati.

“Mengambil kira pendapat orang lain dan sekali-sekala menilai semula keputusan yang dibuat untuk kepentingan orang ramai adalah tanda kematangan. Bukannya bersikap seperti orang lain tidak layak beri pendapat,” katanya.

Ambiga juga berkata HARAPAN perlu menunjukkan kebolehan mengutamakan kepentingan negara berbanding individu atau parti.

“Kita perlu tahu jika mereka boleh mengenepikan perbezaan untuk kepentingan bersama. Dan mereka perlu tahu bahawa impian bangsa Malaysia bukan milik mereka sendiri. Ia milik rakyat.

“Jangan salah faham. Kami menghargai semua usaha dan kerja yang dilakukan dan cabaran yang dihadapi di masa lalu oleh kesemua anggota parlimen pembangkang, termasuk Rafizi.

“Tapi melihat mereka saling bercakaran ketika pilihan raya semakin hampir adalah sesuatu yang tidak boleh diterima,” tambahnya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen