malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Malala tegur Suu Kyi masih tak berbunyi
Diterbitkan:  Sep 5, 2017 11:55 AM
Dikemaskini: 3:58 AM
ADS

Sikap berdiam diri kaunselor Myanmar Aung San Suu Kyi terhadap tragedi terhadap etnik Rohingya di Myanmar mengundang teguran penerima lain Hadiah Nobel Keamanan.

Malala Yousafzai, penerima termuda hadiah itu, dilapor menggesa Suu Kyi mengutuk tindakan keras entera terhadap komuniti tanpa kewarganegaraan itu.

“Bertahun-tahun saya berulang kali mengutuk layanan tragik dan memalukan itu.

“Saya masih menunggu rakan penerima hadiah Nobel Aung San Suu Kyi melakukan tindakan sama,” kata Yousafzai.

“Dunia sedang menunggu dan orang Islam Rohingya juga menunggunya.”

Etnik itu berdepan masalah berpanjangan apabila tidak kerajaan Myanmar melihatnya sebagai orang Bangladesh.

Bagaimanapun, Bangladesh pula melihat mereka sebagai rakyat Myanmar.

Keganasan yang baru meletus di Myanmar menyaksikan beratus-ratus orang terbunuh dan lebih 73,000 etnik itu lari ke luar negara sejak 25 Ogos lalu, menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Yousafzai menuntut warga Rohingya diiktiraf sebagai warganegara sama taraf oleh Myanmar.

“Jika rumah mereka bukan Myanmar, yang mereka sudah bergenerasi tinggal di situ, di mana lagi? Orang Rohingya patut diberikan kerakyatan di Myanmar, negeri tumpah darah mereka,” katanya.

“Negeri-negeri lai, termasuk negeriku Pakistan, patut ikut teladan Bangladesh dan beri makanan, tempat berteduh dan pendidikan kepada keluarga Rohingya yang lari daripada keganasan,” katanya.

Bercakap dengan media British BBC April lalu, Suu Kyi menafikan terdapat pembersihan etnik terhadap orang Rohingya di Myanmar.

Yousafzai menjadi buah mulut selepas terlepas cubaan bunuh oleh pengganas Taliban yang menyerbu sekolahnya di Pakistan pada 2012.

Beliau dianugerahi Hadiah Nobel dua tahun selepas itu atas kegiatan memperjuangkan hak kanak-kanak.

Ogos lalu, beliau diterima melanjutkan pelajaran ke pusat pengajian tinggi terkemuka dunia University Oxford.

Lihat Komen