malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Washington Post siar kritikan keras menjelang lawatan Najib
Diterbitkan:  Sep 5, 2017 9:38 AM
Dikemaskini: 2:33 AM
ADS

Menjelang lawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak ke Amerika Syarikat minggu depan, sebuah akhbar berpengaruh negara itu menerbitkan lidah pengarang yang kritikal terhadapnya.

Kolumnis Josh Rogin pada 3 September di The Washington Post menyenaraikan persamaan dan perbezaan antara Najib dan Presiden AS Donald Trump.

Kedua-dua mereka, kata Rogin, sebenarnya mempunyai banyak persamaan.

Menyifatkan Najib sebagai “nasionalis dengan kecenderungan autoritarian”, Rogin berkata beliau dan Trump sama-sama terlibat dalam siasatan besar Jabatan Keadilan (DOJ) AS.

“Kedua-dua mereka memecat penguatkuasa kanan dalam kerajaan masing-masing untuk cuba mempengaruhi siasatan,” tulisnya.

Rogin juga berkata Najib dan Trumb memainkan politik etnik dan menggunakan retorik nasionalis untuk membangkitkan kemarahan terhadap golongan lain.

“Kedua-dua mereka menang dalam pilihan raya umum lalu walaupun hilang undi popular.

“Kedua-dua mereka suka golf dan mereka malah main bersama-sama,” tulisnya.

Di sebalik persamaan itu, kata Rogin, “cengkaman kuasa autoritarian Najib” lebih kuat daripada Trump.

Katanya, walaupun Trump mahukan musuh politiknya dipenjarakan, di Malaysia perkara itu telah menjadi rutin.

“Ketika Trump menggunakan retorik untuk melemahkan kewibawaan media bebas, Najib menggunakan undang-undang jenayah untuk mendiamkannya,” katanya.

Najib dijadual mengadakan lawatan rasmi ke Rumah Putih pada 12 September depan bagi memenuhi undangan Trump.

[Baca berita asal]

Lihat Komen