malaysiakini logo
ADS
story-image
mk-logo
Berita
IGP Khalid: Dari Twitter ke pemburu pengganas
Diterbitkan:  Sep 4, 2017 6:41 PM
Dikemaskini: Sep 5, 2017 12:26 AM
ADS

Ketua polis negara yang baru saja bersara Tan Sri Khalid Abu Bakar barangkali adalah ketua polis yang paling menikmati liputan media sejak Tun Mohammed Hanif Omar, ketua polis negara keempat dan yang paling lama berkhidmat.

Khalid menjadi pegawai polis tertinggi negara pada 2013 dan sering tampil di khalayak umum selain aktif menguruskan akaun Twitter.

Selama tiga tahun beliau malah mampu mengekalkan kolum tulisannya di Harian Metro.

Selain kebolehan untuk melakar imej awam, apa lagi yang rakyat Malaysia akan kenang tentang beliau?

Malaysiakini melihat semula empat tahun perkhidmatan Khalid sebagai ketua polis negara dalam senarai pendek di bawah:

ADS

1) Pasukan polis elit

Khalid menubuhkan tiga skuad khas sepanjang tempoh perkhidmatannya - Skuad Taktikal Khas Anti Maksiat, Perjudian dan Gengsterisme (STAGG), Pasukan Petugas Khas Jenayah Terancang (Stafoc) dan Pasukan Khas Taktikal Perisikan Narkotik (Sting).

Beliau membunyai tabiat untuk mengucapkan tahniah kepada pasukannya dan kejayaan operasi mereka melalui akaun Twitter yang seringkali disertai gambar barangan yang dirampas, lengkap dengan hashtag #GoPDRMgo.

ADS

2)Polis dan demonstrasi

Kawalan polis dalam himpunan dan demonstrasi sejak Khalid ambil alih sebagai ketua polis menunjukkan penurunan ketara daripada aspek penggunaan kekerasan untuk mengawal demonstrasi.

Ketika himpunan Bersih 3 pada 2012, lebih 500 tangkapan dibuat dan beberapa orang cedera. Gas pemedih mata dan meriam air digunakan sewenangnya, lapor Majlis Peguam.

Demonstrasi lain yang menyusul selepas itu menyaksikan tangkapan dibuat sebelum demonstrasi, meskipun demonstrasi dibenarkan berlangsung.

Bagaimanapun, terdapat kritikan terhadap Khalid yang menggunakan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) ke atas pemimpin Bersih Maria Chin Abdullah yang ditahan tanpa perbicaraan selain pemimpin demonstrasi balas Jamal Md Yunos yang turut ditahan bawah akta sama.

3) 1MDB

Khalid pada satu ketika merupakan sebahagian daripada pasukan petugas khas yang ditubuhkan peguam negara untuk menjalankan siasatan tentang 1MDB.

Beliau merupakan salah seorang yang menandatangani kenyataan media tentang perkembangan siasatan.

ADS

Pada Julai 2015, peguam negara ketika itu Tan Sri Abdul Gani Patail dipaksa bersara awal sementara dua petugas khas yang lain – Gabernor Bank Negara Zeti Akhtar Aziz dan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Abu Kassim Mohamed – bersara tidak lama selepas itu.

Seperti Zeti, Abu Kassim dan Gani, Khalid akan bersara tanpa melihat sesiapa didakwa atas penyelewengan 1MDB, meskipun Jawatankuasa Kira-kira Wang Awam (PAC) mencadangkan siasatan jenayah dilakukan dan tindakan undang-undang diambil oleh beberapa bidang kuasa lain di luar negara.

Khalid juga diselar kerana mengenakan Sosma ke atas aktivis Khairuddin Abu Hassan dan Matthias Chang. Penahanan mereka diputuskan mahkamah sebagai tidak sah.

4) Kematian dalam tahanan polis

Salah satu masalah yang wujud sejak dua dekad lalu adalah kes kematian dalam tahanan polis dan situasi itu tidak berubah di bawah teraju Khalid.

Menurut badan hak asasi Suaram, tahun ini saja terdapat sekurang-kurangnya tujuh kes kematian dalam tahanan polis.

5) Memburu pengganas

Di bawah teraju Khalid, ratusan tangkapan suspek pengganas, dengan berdozen dakwaan menyokong kumpulan pengganas.

Polis juga dengan pantas menangkap dua suspek serangan keganasan ke atas kelab malam.

6) Kebebasan media dan kebebasan berekspresi

Kewujudan Twitter Khalid ada baik dan buruknya. Di satu sisi, Malaysia mempunyai ketua polis yang senang dihubungi. Di satu sisi lain, beliau beliau akan mengarahkan siasatan terhadap pengguna Twitter yang didakwa menulis sesuatu yang bertentangan dengan undang-undang.

Di bawah teraju Khalid juga menyaksikan penahanan penerbit The Edge Ho Kay Tat dan ketua eksekutif The Malaysian Insider (TMI) Jahabar Sadiq dan beberapa wartawan TMI lain. Tiada dakwaan dibuat namun kesannya terhadap kebebasan media dapat dirasa.

Bagaimanapun, Khalid juga akan dikenang dalam memastikan kumpulan Baju Merah tidak menimbulkan banyak masalah ketika berkumpul di hadapan ibu pejabat Malaysiakini.

Untuk itu kami berterima kasih kepada beliau.

[Baca berita penuh]


Sertai saluran WhatsApp Malaysiakini BM sekarang untuk mendapatkan perkembangan berita terkini!

Lihat Komen