Red Granite bantah cadangan DOJ tangguh saman 1MDB

(Dikemaskini )

Red Granite Pictures Inc memfailkan usul bagi membantah cadangan Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat untuk menangguhkan saman fitnah berkaitan 1MDB.

Usul itu difailkan oleh peguam syarikat Matthew Schwartz yang berhujah bahawa "kerajaan tidak menunjukkan bahawa penemuan berkenaan bakal menjejaskan sebarang siasatan yang berterusan".

"Pihak yang menuntut (Red Granite) tidak sepatutnya harus menunggu lebih lama lagi untuk membersihkan namanya. Kes ini masih belum selesai selepas lebih setahun dan siasatan kerajaan masih berjalan, menurut laporan akhbar.

"(Red Granite) mempunyai minat mendalam dalam mempertahankan tindakan itu dan mendapatkan semula penggunaan hartanya.

"Namun, berdasarkan jangkaan bahawa penemuan 'akan mempunyai kesan buruk' terhadap siasatan, kerajaan sedang berusaha untuk menangguhkan kes ini," petik dokumen itu yang dilihat oleh Malaysiakini.

DOJ dalam permohonan mereka berkata, bahawa prosiding sivil mungkin mempunyai "kesan buruk terhadap keupayaan kerajaan menjalankan siasatan jenayah berkaitan".

[Baca berita penuh]