malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
'Bekas AG kata mereka yang berkuasa beri arahan'
ADS

Prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai kerugian urus niaga mata wang asing (forex) pada awal 1990-an masuk hari ketiga di Istana Kehakiman di Putrajaya hari ini.

Saksi ketujuh RCI, P. Kanason Pothinker yang merupakan bekas auditor di Pejabat Ketua Audit Negara, dipanggil memberi keterangan di hadapan anggota panel RCI yang diketuai bekas pengerusi Petronas, Tan Sri Mohd Sidek Hassan.

Kanason, mengetuai sepasukan pegawai yang menjalankan audit terhadap Bank Negara Malaysia (BNM) dari 1985 hingga Januari 1992.

Dalam prosiding hari ini, beliau memberitahu urus niaga forex tidak mematuhi undang-undang dan gagal memenuhi peruntukan di bawah Akta Bank Negara Malaysia.

Kanason, seorang pesara berkata, beliau juga diberitahu agar tidak mencampuri urusan itu oleh bekas peguam negara, Tan Sri Ainum Mohamed Saaid.

Malah, Kanason berkata Ainum memberitahunya bahawa "mereka yang berkuasa beri arahan, jangan campur tangan".

“Bila jawapan bertulis yang dijanjikan tidak sampai kepada kami, saya telefon dan tanya bolehkah kami dapatkan jawapan itu dan ketika itu beliau (Ainum) kata begitu.

"Saya terkejut dan kata tolonglah, awak perlu beri saya sesuatu."

“Dia beritahu saya untuk tunggu surat daripadanya. Surat itu tidak seperti yang sepatutnya,” kata Kanason ketika menjawab pertanyaan anggota panel RCI, Datuk Wira Kamaludin Md Said yang mempertikaikan kesahihan urus niaga berkenaan.

Lihat Komen