malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
LDHN: Serbu anak Dr M, Putrajaya tak campur
ADS

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan terdapat campur tangan politik oleh kerajaan yang menyasarkan anak-anak dan rakan-rakan Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Tiada campur tangan politik,” kata ketua pegawai eksekutif (CEO) badan itu Datuk Sabin Samitah.

Bagaimanapun, katanya serbuan terhadap syarikat tiga anak bekas perdana menteri itu – Mokhzani, Mirzan dan Mukhriz – berdasarkan keperluan dan mengikut prosedur.

“Untuk pengetahuan, program pematuhan yang lebih agresif pada tahun ini adalah selaras dengan visi LHDN untuk memberi keadilan kepada semua pembayar cukai, sebab ramai pembayar cukai bayar dengan betul, mereka bayar jumlah cukai yang betul.

“Terdapat juga individu atau syarikat yang bayar cukai tidak cukup, jadi kita akan dapatkan kumpulan orang sebegini,” katanya.

“Kita tak kira sama ada dia orang biasa, syarikat kecil atau besar. Kalau berdasarkan analisis kita mereka tidak bayar cukai atau mereka mempunyai hutang, kita akan siasat,” katanya.

Ditanya kenapa syarikat anak-anak Mahathir diserbu pada hari yang sama, Sabin berkata ia bukan sahaja amalan biasa di negara tetapi juga negara lain.

“Sekarang bila kita buat audit atau siasatan, kita tidak siasatan satu syarikat atau seorang pengarah saja, kita siasat keseluruhan kumpulan.

“Ini trend, bukan hanya di Malaysia, negara lain juga (bertindak sama),” katanya.

Lihat Komen