malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gerakan kesal ancaman terhadap ADUN PKR
Diterbitkan:  Aug 23, 2017 4:12 PM
Dikemaskini: 8:19 AM
ADS

Gerakan terus mempertahankan ADUN Penanti dari PKR, Norlela Ariffin walaupun diingatkan sebelum ini supaya menjaga urusan parti itu terlebih dahulu.

Setiausaha Agung Gerakan, Liang Teck Meng melahirkan rasa kesal terhadap penyokong Pakatan Harapan (HARAPAN) yang menyerang Norlela mengenai isu kilang haram di Sungai Lembu.

"Saya terkejut dan marah apabila dia menulis bahawa sesetengah orang ini mengeluarkan ancaman terhadapnya yang menyebabkan dia membuat laporan polis," katanya dalam satu kenyataan.

"Ini mengingatkan saya mengenai nota dan surat-surat ancaman yang saya dan rakan-rakan terima apabila saya bertanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng untuk membersihkan skandal banglonya," katanya.

Pada 11 Ogos, anggota exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) selama tiga hari berhubung isu kilang haram di Sungai Lembu.

Dia didakwa mengeluarkan surat kepada Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP) untuk menghentikan tindakan terhadap kilang haram tersebut sementara menunggu dasar kerajaan negeri terhadap premis perniagaan dan tempat ibadat yang dibina secara haram.

Turut ditahan ialah pemilik kilang berkenaan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen