malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Gerakan selar Nga kaitkan Jho Low dengan Sukan SEA
Diterbitkan:  Aug 21, 2017 11:08 PM
Dikemaskini: 3:21 PM
ADS

Gerakan menyelar Pengerusi DAP Perak Nga Kor Ming kerana mengaitkan Sukan SEA dengan ahli perniagaan kelahiran Pulau Pinang Low Taek Jho, yang merupakan individu utama dalam skandal 1MDB.

Naib Presiden Gerakan, Dominic Lau mendakwa Nga berniat jahat kerana mengaitkan skandal 1MDB dengan Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 yang sedang berlangsung.

"Sejak awal, pendirian Gerakan terhadap isu 1MDB adalah neutral, kami percaya hasil siasatan oleh agensi penguatkuasa undang-undang dan menegaskan mereka yang melanggar undang-undang untuk menghadapi hukuman.

"Kami tidak mempertahankan Jho Low tetapi tindakan Nga tidak bertanggungjawab dan telah melampaui batas, mencemarkan semangat Sukan SEA," kata Lau dalam satu kenyataan hari ini.

Nga di Twitter berkongsi tangkap layar status Facebook yang menyatakan Jho Low, yang disebut sebagai "atlet", telah memenangi emas dalam acara "lari bawa duit".

"Ini sangat nyata dan melucukan," kata Nga di Twitter.

Lau berkata Nga tidak sepatutnya mengheret Sukan SEA dalam kancah politik, terutama apabila Malaysia adalah negara tuan rumah.

Katanya, atlet Malaysia menunjukkan prestasi yang luar biasa dalam beberapa hari terakhir ini dan Nga sepatutnya menunjukkan sokongan dan menyokong perpaduan dalam kalangan rakyat.

Lihat Komen