malaysiakini logo
story-image
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Tun Hamid: Suhakam pelik, PAS tak faham
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 6:40 PM
Dikemaskini: 11:00 AM
ADS

Tun Abdul Hamid Mohamad berkata beliau pelik dengan sikap Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) yang kecewa dengan pengeluaran Seksyen 88A daripada pindaan Akta Membaharui Undang-Undang (Perkahwinan dan Perceraian) (LRA), yang diluluskan Dewan Rakyat, minggu lalu.

Bekas ketua hakim itu mempersoalkan sama ada Suhakam mahukan peruntukan yang memihak kepada orang bukan Islam.

“Saya tidak hairan jika NGO-NGO seperti Hindraf dan parti-parti politik seperti DAP dan MCA menentangnya,” kata bekas ketua hakim negara itu.

“Tetapi saya hairan membaca bahawa Suhakam juga turut kecewa kerana seksyen 88A digugurkan.

“Adakah Suhakam mahu satu peruntukan yang memihak kepada orang bukan Islam dan bercanggah dengan Perlembagaan dijadikan undang-undang,” soalnya.

Seksyen 88A dikatakan mampu memberhentikan penukaran agama anak secara sepihak oleh itu atau bapa.

Gembira tapi PAS tak faham

Sementara itu, dalam tulisan yang boleh dimuat turun di laman webnya turut menyatakan rasa gembira dengan tindakan PAS menyokong usul itu.

Bagaimanapun, katanya, parti itu masih tidak faham berkaitan undang-undang dalam isu itu.

“Saya gembira melihat PAS menyokong RUU itu. Tetapi, saya dukacita bahawa PAS masih tidak faham dan menghendaki kes-kes tersebut dibicarakan oleh mahkamah syariah,” katanya.

Hamid berkata penceraian akan dibuat melalui undang-undang sivil jika perkahwinan mengurut cara yang sama.

“Mahkamah syariah tidak ada bidang kuasa membicarakan kes perceraian yang berbangkit daripada perkahwinan mengikut undang-undang sivil,” katanya.

Katanya lagi Akta 164 juga terletak di luar bidang kuasa mahkamah syariah dan mahkamah itu tidak ada bidang kuasa terhadap pihak yang tidak memeluk Islam.

Tambahnya Jika kes seperti itu dibicarakan di mahkamah syariah, pihak bukan Islam tidak boleh membuat tuntutan di mahkamah syariah atau hadir untuk menentang atau membuat tuntutan balas.

“Ini menyebabkan ketidakadilan kepada pihak yang tidak memeluk agama Islam,” katanya.

Jelasnya, pada ketika ini kes sebegitu didengar di mahkamah sivil dan apa yang hendak dilakukan adalah untuk memberi peluang kepada pihak yang memeluk agama Islam untuk membuat permohonan di mahkamah sivil.

“Pada masa ini hanya pihak yang tidak memeluk agama Islam sahaja yang boleh berbuat demikian. Ini untuk berlaku adil kepada pihak yang memeluk agama Islam,” katanya.

Lihat Komen