malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
SPRM serbu pejabat Isa di SPAD pula
Diterbitkan:  Aug 17, 2017 12:30 PM
Dikemaskini: 5:04 AM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi ini menyerbu pejabat bekas pengerusi FELDA Tan Sri Isa Samad, di Suruhanjaya Pengangkutan Darat (SPAD) di Kuala Lumpur pula.

Kira-kira 10 pegawai SPRM berpakaian biasa dilapor dilihat menaiki tiga kenderaan dan memasuki pejabat agensi itu pada jam 11 pagi, lapor Berita Harian.

Akhbar itu difahamkan mereka menuju ke pejabat Isa di tingkat empat.

SPRM dilapor telah menyerbu tiga kediaman Isa di Bandar Baru Nilai, Senawang dan Linggi, Negeri Sembilan.

Jun lalu, Isa dilantik sebagai pemangku Pengerusi SPAD sejurus meletak jawatan sebagai Pengerusi Felda Global Ventures Bhd (FGV).

Veteran Umno itu sedang menjalani perintah reman lima hari bagi membantu siasatan berhubung isu pembelian hotel oleh Felda Investment Corporation (FIC) di London dan Kuching.

Akhbar itu turut memetik Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nancy Shukri sebagai berkata, seorang pengerusi sementara akan dilantik dalam kalangan Ahli Lembaga Pengarah SPAD untuk mengetuai agensi itu.

"Tidak adil untuk membuat spekulasi kerana dia baru ditahan, namun pengurusan (SPAD) akan terus berjalan seperti biasa," katanya.

Ditanya mengenai tempoh pengerusi sementara memegang jawatan itu, Nancy berkata, pihaknya tidak dapat memastikannya kerana kes itu baru bermula.

 

Lihat Komen