malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah tolak permohonan Dr M singkir dua ahli RCI
ADS

Permohonan Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menyingkirkan dua anggota Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung kerugian forex telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Hakim Azizah Nawawi membenarkan bantahan awal yang dibangkitkan oleh kerajaan bahawa keputusan RCI melantik Tan Sri Mohd Sidek Hassan dan Saw Choo Boon sebagai anggota bukan keputusan yang boleh dicabar di mahkamah.

Oleh itu, hakim berkata, usaha Mahathir untuk mendapatkan perintah mandamus untuk mengetepikan mereka adalah tidak wajar.

"Permohonan mereka telah ditolak tanpa perintah mengenai kos," kata peguam kanan persekutuan, Amarjeet Singh yang mewakili kerajaan dan RCI.

Peguam Mahathir, Mohd Haniff Khatri Abdulla berkata beliau akan mendapatkan arahan daripada bekas perdana menteri itu untuk merayu terhadap keputusan tersebut.

Jika mereka memilih untuk membuat rayuan, permohonan kepada Mahkamah Rayuan perlu dibuat dengan segera kerana pendengaran RCI mengenai kerugian forex yang berlaku pada tahun 90an, akan bermula pada 21 Ogos (Isnin).

[Baca berita penuh]

Lihat Komen