malaysiakini logo
story-image
story-image
mk-logo
Berita
PKR: Terowong Smart pun gagal selesaikan banjir kilat
Diterbitkan:  Aug 15, 2017 9:26 AM
Dikemaskini: 2:00 AM
ADS

Kegagalan kerajaan memantau pembangunan pesat yang berlaku di ibu negara menyebabkan masalah banjir kilat berulang, kata Bendahari Agung PKR, Dr Tan Yee Kew.

Malah katanya, projek Pengurusan Banjir dan Terowong (Smart) dengan kos RM1.9 bilion juga tidak berjaya menyelesaikan masalah banjir kilat yang berlaku saban tahun.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar yang menyatakan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur akan diselesaikan apabila projek 'River of Life' bernilai RM4.4 bilion diselesaikan tahun depan.

"Keyakinan Umno BN terhadap projek ini termasuk terowong Smart sedia ada untuk menangani masalah banjir kilat sudah kedengaran berpuluh tahun dahulu lagi.

"Warga kota sudah lali dengan permasalahan berulang yang terpaksa dihadapi mereka sepanjang tahun selain masalah kesesakan lalulintas,' katanya dalam kenyataan media.

Menurut Tan, pada tahun 2007, Menteri Wilayah Persekutuan pada waktu itu, Datuk Zulhasnan Rafique turut menyatakan masalah banjir kilat di Kuala Lumpur dapat diatasi sepenuhnya selepas projek Smart disiapkan.

"Mengapa terowong Smart yang berharga RM1.9 bilion tidak dapat memastikan banjir kilat tidak berlaku? Adakah terowong Smart tidak dapat melepaskan air pada kadar hujan yang tinggi?" soalnya.

Lihat Komen