malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Korea Utara tangguh rancangan serang Guam
Diterbitkan:  Aug 15, 2017 8:37 AM
Dikemaskini: 1:13 AM
ADS

Pemimpin Korea Utara menerima laporan dari tenteranya mengenai rancangannya untuk melancarkan peluru berpandu ke arah Guam dan mengatakan ia akan melihat tindakan Amerika Syarikat untuk beberapa waktu lagi sebelum membuat keputusan, kata agensi berita rasmi Korea Utara hari ini.

Korea Utara berkata minggu lepas ia sedang memuktamadkan rancangan untuk melancarkan empat peluru berpandu ke perairan berhampiran wilayah AS di Guam dan tenteranya masih menunggu perintah Kim Jong Un.

Kim meneliti pelan itu untuk masa yang lama dan membincangkannya dengan pegawai tentera, kata pegawai KCNA dalam satu laporan.

Rancangan terperinci Pyongyang untuk serangan terhadap Guam mendorong ketegangan di rantau itu minggu lalu, dengan Presiden AS Donald Trump memberi amaran akan bertindak balas jika Korea Utara mengancam Amerika Syarikat.

Pegawai Korea Selatan dan Amerika Syarikat sejak itu berusaha untuk mengurangkan risiko konflik yang berlaku, lapor Reuters.

Kim berkata Amerika Syarikat harus membuat pilihan yang tepat "untuk meredakan ketegangan dan mencegah konflik tentera di Semenanjung Korea," kata laporan KCNA.

Lihat Komen