malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Azmin fail semakan kehakiman agar IGP tahan Jho Low
Diterbitkan:  Aug 14, 2017 3:40 PM
Dikemaskini: 8:39 AM
ADS

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali memfailkan permohonan untuk semakan kehakiman bagi memaksa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar menahan ahli perniagaan Jho Low, yang terlibat dalam skandal 1MDB.

Beliau juga mahu Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho di bawa ke mahkamah majistret di negara ini bagi menghadapi tuduhan jenayah di bawah Seksyen 409 dan 420 Kanun Keseksaan.

Azmin, yang juga timbalan presiden PKR, memfailkan permohonan itu di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada petang ini.

Permohonan itu difailkan melalui firma undang-undang Daim dan Gamany.

Sebelum ini, Azmin dilaporkan telah menghantar surat tuntutan kepada Khalid.

Namun ketua polis negara itu memberitahu Azmin untuk membawa perkara itu ke mahkamah jika beliau mahu berbuat demikian.

Dalam afidavit sokongannya, Azmin mendakwa Jho Low melakukan beberapa kesalahan termasuk pecah amanah dan penipuan melibatkan 1MDB, sebuah syarikat yang dimiliki sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

Beliau berkata 1MDB adalah pemilik dana sebanyak AS$ 3.657 bilion di mana AS$ 1.367 bilion telah dipindahkan ke sebuah syarikat bernama Aabar Dubai.

Bagaimanapun, beliau menambah pada tahun 2012, Jho Low dan rakan-rakannya memindahkan amaun itu kepada Aabar BVI (British Virgin Island) yang tidak ada kaitan dengan Aabar Dubai.

Pemimpin nombor dua dalam PKR itu berkata pada masa pemindahan itu, Jho Low menerima persetujuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, untuk melupuskan wang berkenaan.

Selain itu, Azmin mendakwa Jho Low dengan curang mendorong lembaga 1MDB untuk membayar Aabar BVI sejumlah AS $ 1.367 bilion yang menyebabkan ahli lembaga itu percaya bahawa Aabar dari Dubai dan Aabar BVI adalah entiti yang sama.

MB Selangor juga memperincikan bahawa antara tahun 2009 dan 2011, ahli perniagaan yang dilahirkan di Pulau Pinang itu menyebabkan 1MDB membayar AS$ 1.03 bilion kepada Good Star, syarikat yang dikendalikannya.

Pada tahun 2013 [pula katanya, Jho Low menyebabkan 1MDB membayar AS$ 1.26 bilion kepada Tanore Finance Corporation, sebuah syarikat yang dikawal oleh Tan Kim Loong yang merupakan ejen Jho Low.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen