malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
SPRM 'geledah' pusat khidmat Phee pula
Diterbitkan:  Aug 13, 2017 4:24 PM
Dikemaskini: 8:32 AM
ADS

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini menyerbu pusat perkhidmatan exco Pulau Pinang, Phee Boon Poh di Butterworth.

Phee yang juga anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Puyu telah dibawa oleh pegawai SPRM ke pusat khidmatnya di Butterworth sekitar jam 12.15 malam, lapor The Star Online.

Pegawai SPRM meluangkan masa kira-kira sejam di pejabat berkenaan.

Phee kemudian dilihat diiringi keluar daripada pejabatnya dengan memakai baju berwarna oren serta tangannya digari.

Pada Jumaat lalu, SPRM turut menyerbu pejabat exco Phee di Komtar iaitu hari yang sama beliau ditangkap selepas memberi kenyataan kepada SPRM.

Phee semalam kemudian ditahan reman selama lima hari untuk membantu siasatan.

Beliau ditahan atas dakwaan penyalahgunaan kuasa berhubung surat yang dikeluarkan oleh pejabatnya melibatkan kilang penapis karbon haram di Penanti, Pulau Pinang yang telah beroperasi selama 15 tahun.

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng mempertahankan Phee dengan mengatakan bahawa kilang-kilang haram di negeri berkenaan telah lama beroperasi sejak kerajaan DAP mengambil alih pada 2008.

Sebelum penangkapan Phee, SPRM juga telah merampas dokumen yang mempunyai dengan kilang berkenaan daripada Majlis Perbandaran Seberang Prai dan turut menyerbu kilang tersebut.

Lihat Komen