malaysiakini logo
story-image
mk-logo
Berita
Mahkamah benarkan Anwar untuk beri keterangan
ADS

Ketua umum PKR yang dipenjara Anwar Ibrahim hari ini dibenarkan untuk hadir sebagai saksi dalam saman fitnah yang difailkan anak beliau Nurul Izzah, walaupun dibantah pihak kerajaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Faizah Jamaluddin membuat keputusan itu setelah mendengar hujah daripada peguam Sivarasa Rasiah yang mewakili Nurul Izzah dan pendakwa raya kanan persekutuan Nor Mastura Ayob apabila pendengaran kes dimulakan semula jam 3 petang tadi.

Para peguam untuk ketua polis Khalid Abu Bakar dan menteri Ismail Sabri Yaakob yang dinamakan dalam saman fitnah itu berhujah kenyataan Anwar tidak relevan kerana beliau tidak terlibat secara langsung dalam kes saman ini.

Nurul Izzah yang juga anggota parlimen Lambah Pantai memfailkan saman fitnah terhadap Khalid dan Ismail pada November 2015.

Beliau mendakwa Khalid telah mengeluarkan kata-kata fitnah terhadap beliau dalam sidang akhbar di ibu pejabat polis Bukit Aman pada 22 November 2015, manakala Ismail Sabri membuat kenyataan serupa semasa sidang media di kawasan parlimennya Bera di Pahang pada hari yang sama.

Ismail dan Khalid mendakwa Nurul sebagai 'pengkhianat' dan melakukan 'penderhakaan kepada negara' selepas gambar beliau bersama puteri Sulu Jacel Kiram, anak kepada Jamalulail Kiram, yang dikatakan terlibat dalam pencerobohan di Lahad Datu, Sabah, pada 2013.

Hakim Faizah menetapkan tarikh 19 dan 20 Oktober ini untuk memanggil saksi-saksi bagi pihak defendan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen